AHB STAR AWARD 2015 team AKADEMI PENCETUS JUTAWAN

Maklumat Syarikat

KENALI SYARIKAT 

 Asia Herbal Biotech ditubuhkan pada bulan Jun 2010 dan merupakan salah satu syarikat Pemasaran Rangkaian terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis produk-produk inovatif & bio-teknologi yang mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa.


Syarikat mempunyai asas kewangan yang kukuh dengan modal berbayar RM 2 Juta - dengan kerjasama pemegang saham :-
Resintech Berhad Sebuah syarikat awam yang disenaraikan di papan utama Bursa Saham Malaysia.
Superaya Corporation Sdn Bhd Sebuah syarikat multi nasional yang diketuai oleh Y.A.M Tengku Baharuddin Ibni Sultan Mahmud, DK.
Multimedia Entertainment Sdn Bhd Sebuah syarikat multimedia terkenal yang merupakan Pengedar Tunggal (Malaysia & Brunei) untuk semua filem TVB Hong Kong. 

 Asia Herbal Biotech yang dinamik & kuat yang mendorong kepada intipati kewujudan kita, untuk terus bekerja berganding bahu untuk mewujudkan lebih ramai usahawan berjaya dan penyayang, membantu mereka mencapai kejayaan yang besar serta melebarkan pencapaian mereka merentasi sempadan.

 Kami percaya bahawa setiap halangan adalah peluang untuk mencipta keajaiban. Marilah menyertai kami dan biarlah kami bekerja bersama-sama untuk menyebarkan keajaiban gaya hidup yang lebih sihat dan lebih baik di seluruh dunia.

 PERUTUSAN DARIPADA PENASIHAT SYARIKAT
Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan anda ke Asia Herbal Biotech, iaitu salah satu daripada syarikat Pemasaran Rangkaian di Malaysia yang dibina berlandaskan prinsip memperkaya kehidupan dengan membantu dan membimbing insan menyelaraskan rutin harian bagi membolehkan mereka menikmati gaya hidup yang lebih baik, lebih sihat dan lebih seimbang.

 Di Asia Herbal Biotech, kami percaya bahawa untuk kejayaan jangka panjang sesebuah perniagaan, salah satu strategi perniagaan utama adalah keupayaannya untuk mencipta nilai buat para pengedar & pelanggannya.

 Kami membina budaya 'Kami Prihatin, Kami Berkongsi, Kami Menyayangi' di kalangan pengedar, kakitangan dan pengurusan melalui ketelusan, kepercayaan dan kerjasama.

Di Asia Herbal Biotech, kami mengutamakan situasi "Menang-Menang" yang bertanggung jawab menyemai para pengedar kami menjadi bintang ternama di arena pemasaran rangkaian antarabangsa.

 Marilah kita bersama-sama bergabung tenaga untuk berjaya sebagai sebuah keluarga dengan menyebarkan falsafah syarikat ke seluruh pelusuk dunia.

Kami berharap dapat melonjakkan penyertaan masyarakat di peringkat global agar kami berupaya memenuhi wawasan untuk membantu insan mewujudkan dan mengekalkan gaya hidup sihat.

 Penasihat Syarikat - Y.A.M. Tengku Sri Temenggung Raja, Tengku Baharuddin Ibni Sultan Mahmud, DK 

 PERUTUSAN LEMBAGA PENGARAH
(Dari belakang kiri ke kanan) Dr Alfred Ng Kok Weng (COO), Datuk Lim Boon Siong , Datuk Tee Kian Hock & Mr Rick Gan Chong Yeng (CEO) 
 (Dari depan kiri ke kanan) Datuk Teh Kim Poh & Datuk Tee Huat 

 Selamat datang ke dunia Asia Herbal Biotech, sebuah syarikat perdagangan elektronik (e-commerce) antarabangsa yang berkonsepkan Pemasaran Bertingkat (MLM) dengan matlamat utama untuk menakluk dunia, selangkah demi selangkah, dalam bidang yang dikhususkan kepada kehidupan yang lebih sihat.

Di Asia Herbal Biotech, kami menawarkan pilihan terbaik bagi mempertingkatkan kehidupan dengan membantu dan membimbing insan menyelaraskan rutin harian mereka yang membolehkan mereka menikmati gaya hidup yang lebih baik, lebih sihat dan lebih seimbang.

 Perkembangan Asia Herbal Biotech dipacu oleh wawasannya untuk terus bekerjasama melahirkan usahawan bersemangat tinggi yang berjaya, serta mendorong mereka mencapai pencapaian yang lebih cemerlang dengan menerokai kemungkinan melangkaui sempadan.

 “Kami berani bermimpi, kami sudi berkongsi”.

 Selain menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih baik di seluruh dunia, Asia Herbal Biotech akan terus meluaskan empayar dan memperkukuhkan peranan kami sebagai pemain utama dalam industri e-perdagangan di seluruh dunia.

Bagi merealisasikan wawasan kami untuk menjadi syarikat MLM global, Asia Herbal Biotech dilengkapkan dengan konsep pengurusan terkini dan komprehensif yang disesuaikan khusus bagi menyokong usahawan kami membuat perancangan strategik untuk menjayakan perniagaan MLM mereka di peringkat domestik dan juga antarabangsa.

 Di Asia Herbal Biotech, kami bekerja berpandukan teras budaya kami iaitu 5 "I" - Integriti, Informasi, Inisiatif, Inovasi dan Interaktif.

 Kami hanya menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Produk-produk nutrisi bioteknologi kami dihasilkan melalui kaedah tercanggih dengan aplikasi formula terkini yang asli dan selamat bagi menguatkan tubuh serta mengembalikan tenaga, keseimbangan dan kesihatan dengan berkesan.

 Kami percaya bahawa setiap halangan adalah peluang untuk mencipta keajaiban.

Marilah bersama-sama kita berganding bahu menyebarkan manfaat gaya hidup yang lebih sihat dan lebih baik di seluruh dunia.

 “Kami Prihatin. Kami Berkongsi. Kami Menyayangi”

Datuk Siti menerima sekotak jus cordy dari leader AHB




Hadiah perkahwinan untuk Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari berupa Cordybelle.






Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd. (869859-H)

AJL:931818

No. 1-2 & 1-3, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

Customer Service Hotline:

+603 5622 2600
+603 5622 2900 (Fax)
info@ahb2u.com

Operation Hours:

Mon - Fri - 10.00am - 7.00pm
Saturday- 10.00am to 2.00pm

Office is close on every Sunday and Public Holiday




Photobucket
PERHATIAN: Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Tujuan laman web ini disediakan adalah bagi membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawah kumpulan AHB Cordyceps4u untuk membuat promosi menaja ahli-ahli yang baru. Promosi boleh dilakukan secara online dan juga offline serta terpulang kepada kreativiti anda.
Laman web rasmi syarikat adalah di
http://www.ahb2u.com