Apakah Cordyceps Sinensis?


Perubatan tradisional China banyak menggunakan pelbagai bahan semulajadi untuk mengubati penyakit, salah satunya menggunakan Cordyceps Sinensis. Cordyceps Sinensis, dikenali dengan sebutan 'jamur ulat dari China' adalah tumbuhan yang termasuk keluarga ergot. Dalam bahasa Mandarin, jenis jamur sangat langka ini juga dikenali dengan sebutan dong chong xia chao (Ulat Musim Dingin dan Rumput Musim Panas).

Dikenali juga dengan nama aweto di bahagian lain China atau Yarchagumba di Tibet. Termasuk dalam klasifikasi cendawan, kandungan nutrisi dan zat-zat aktif di dalam Cordyceps mempunyai pelbagai khasiat secara farmakologi yang berkaitan dengan hampir semua sistem di dalam tubuh manusia.

Cordyceps Sinensis adalah spesies cendawan yang tumbuh di daerah pergunungan sebelah Tenggara China, dan hanya boleh ditemui pada ketinggian lebih dari 2000 meter di atas paras laut. Spora dari Cordyceps Sinensis bertebaran dan tersebar oleh tiupan angin pada akhir musim gugur setelah tumbuhan menjadi dewasa.

 Spora tersebut masuk ke dalam larva (ulat) Hepialidae (sejenis rama-rama / kupu-kupu) serta menjadikan tubuh larva tersebut sebagai inang. Secara perlahan spora tersebut menghisap nutrisi larva tersebut untuk menyara akar-akarnya.

Cendawan Cordyceps tumbuh di atas tubuh inangnya hingga larva tersebut mati. Dari bahagian kepala larva yang mati tersebut akan muncul badan jamur berwarna coklat tua, sepanjang 3-5 cm.

Diperlukan waktu sekitar 6 tahun bagi Cordyceps untuk melengkapkan kitaran hidupnya. Kitaran hidup yang sangat lama tersebut menjadikan Cordyceps tumbuhan yang sangat langka sehingga harganya pun menjadi sangat mahal.

Pengamal perubatan herba tradisional China percaya bahawa Cordyceps mempunyai kemampuan untuk menyembuhkan hampir semua penyakit.

Namun, selama berabad-abad, Cordyceps hanya digunakan secara eksklusif oleh para maharaja di China kerana sangat langka dan harganya yang sangat mahal. Hal ini telah membuat Cordyceps Sinensis menjadi sangat terkenal serta serta menjadikannya sebagai bahan ubat bernilai tinggi dalam tradisi China.

Dengan perkembangan teknologi di era moden sekarang ini, sebuah terobosan perubatan telah dilakukan oleh microenvironment Control Technology Research Center of Research Institute of Tsinghua University, Zhejiang Yangtze River Delta yang juga merupakan pusat penyelidikan herba nasional di China, dengan penemuan teknologi penanaman dan pemaju biakan batang (stroma) Cordyceps Sinensis yang matang dan siap diproses. Stroma (batang) adalah bahagian Cordyceps yang mempunyai khasiat yang tinggi dan dijadikan bahan ubat.

Saat ini, Cordyceps telah tersedia di pasaran dan terdiri dari pelbagai jenis dan variasi yang sesuai untuk siapa pun yang mahukan peningkatan kualiti kesihatan dan hidup mereka.

0 comments:

Datuk Siti menerima sekotak jus cordy dari leader AHB

Hadiah perkahwinan untuk Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari berupa Cordybelle.

Photobucket
Photobucket

Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd. (869859-H)

AJL:931818

No. 1-2 & 1-3, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

Customer Service Hotline:

+603 5622 2600 +603 5622 2900 (Fax) info@ahb2u.com

Operation Hours:

Mon - Fri - 10.00am - 7.00pm Saturday- 10.00am to 2.00pm

Office is close on every Sunday and Public Holiday

Photobucket
PERHATIAN: Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Tujuan laman web ini disediakan adalah bagi membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawah kumpulan AHB Cordyceps4u untuk membuat promosi menaja ahli-ahli yang baru. Promosi boleh dilakukan secara online dan juga offline serta terpulang kepada kreativiti anda.
Laman web rasmi syarikat adalah di
http://www.ahb2u.com