Dipenjara kerana bunuh petani semasa rebut Viagra Himalaya

GAMBAR menunjukkan tiga tumbuhan Yarshagumba di Kathmandu, Nepal.

KATHMANDU - Sebuah mahkamah di Nepal menjatuhkan hukuman penjara terhadap 19 penduduk kampung atas kesalahan membunuh sekumpulan petani dalam pergaduhan berhubung hak untuk mengutip tumbuhan Yarshagumba yang mampu menguatkan seks yang dikenali sebagai Viagra Himalaya, kata seorang pegawai semalam.

Seramai tujuh petani telah dibunuh di daerah Manang pada bulan Jun 2009 semasa mengutip tumbuhan itu yang merupakan pendapatan utama bagi kebanyakan penduduk di Himalaya

Para tertuduh itu mendakwa tujuh petani tersebut mati secara tidak sengaja ketika berlaku pergaduhan berhubung hak untuk mengutip tumbuhan tersebut yang harganya boleh mencecah puluhan ribu dolar untuk satu kilogram di China.

Laporan mengenai kehilangan para petani itu diketahui oleh pihak berkuasa pada Jun 2009.

"Enam tertuduh didapati bersalah kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun," kata seorang pendaftar sebuah mahkamah di daerah Manang, Shambhu Baral.

Menurutnya, seramai 13 lagi dijatuhi hukuman dua tahun penjara, tetapi mereka telah menghabiskan masa dalam tahanan sejak ditangkap.

Katanya, bukti-bukti menunjukkan hanya enam orang terlibat secara langsung dalam pembunuhan itu.

Pada mulanya, pihak berkuasa menangkap seluruh penduduk kampung tetapi sejumlah wanita dan kanak-kanak kemudian dibebaskan. -AFP(Kosmo Online)


p/s:Tahukah anda bahawa Yarshagumba atau Viagra Himalaya juga dikenali sebagai Cordyceps.Ketahui kenapa mereka sanggup berbunuhan kerana herba ini?Itulah kehebatan yang ada dalam produk AHB.

1 comment:

Datuk Siti menerima sekotak jus cordy dari leader AHB

Hadiah perkahwinan untuk Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari berupa Cordybelle.

Photobucket
Photobucket

Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd. (869859-H)

AJL:931818

No. 1-2 & 1-3, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

Customer Service Hotline:

+603 5622 2600 +603 5622 2900 (Fax) info@ahb2u.com

Operation Hours:

Mon - Fri - 10.00am - 7.00pm Saturday- 10.00am to 2.00pm

Office is close on every Sunday and Public Holiday

Photobucket
PERHATIAN: Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Tujuan laman web ini disediakan adalah bagi membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawah kumpulan AHB Cordyceps4u untuk membuat promosi menaja ahli-ahli yang baru. Promosi boleh dilakukan secara online dan juga offline serta terpulang kepada kreativiti anda.
Laman web rasmi syarikat adalah di
http://www.ahb2u.com