Jadi Kaya Bukanlah Magik Tapi Logik!

Salam ,

Untuk menjadi kaya sebenarnya bukanlah magik tetapi logik! Sebelum saya terangkan, suka saya ingin berkongsi tentang beberapa salah faham tentang apa yang saya ajarkan mengenai kajian tarikh lahir.

Salah Faham #1: Kita boleh tahu samada kita boleh jadi kaya atau tidak melalui tarikh lahir

Jawapan saya ialah, orang yang bertanya itu memanglah "bangang"(Bak kata orang Negeri Sembilan). Mana mungkin saya mampu untuk mengetahui seseorang itu boleh jadi kaya atau tidak dengan melihat pada tarikh lahir? Terima kasih juga kepada mereka yang menggelar saya "Ahli Nujum Negara". Tahniah kerana tolong "promote" saya secara tidak langsung.

Sebenarnya, saya tidak tahu samada seseorang itu boleh kaya atau tidak, saya tidak tahu samada seseorang itu boleh berjaya atau tidak dengan hanya "tengok" atau "tilik" tarikh lahir. Sampai hari ini saya tidak dapat "melihat" samada orang itu boleh berjaya atau tidak dengan melihat tarikh lahir mereka, tetapi saya boleh tahu adakah mereka ini berpotensi untuk berjaya atau tidak melihat kepada SIKAP atau KAREKTOR mereka. Ya, kalau hari ini sikap mereka malas untuk bertindak, malas bekerja serta sikap mereka asyik komplen atau cari salah orang lain tetapi "terlupa" untuk perbaiki kelemahan diri sendiri, saya rasa selagi mereka tidak ubah sikap tersebut, selagi itulah mereka ini susah untuk berjaya di dalam apa sahaja yang mereka lakukan.

Salah Faham #2: Tarikh lahir adalah meramal nasib

Sampai hari ini saya masih tidak tahu bagaimana untuk "tengok", "tilik" atau "ramal" tarikh lahir seperti yang di salah-ertikan oleh sesetengah "bijak-pandai" di luar sana. Betul saya tak tahu.

Apa yang saya tahu? Saya tahu berdasarkan pemerhatian, kajian dan soal selidik yang telah saya sendiri buat untuk beberapa tahun lamanya samada di dalam kerjaya saya dulu, perniagaan saya atau even di dalam kehidupan saya. Saya dapati secara statistiknya, ada sedikit informasi tentang persamaan karektor, tingkahlaku, watak atau sikap apabila kita memahami tentang tarikh lahir seseorang, itulah hasil pemerhatian saya dan pengalaman saya bagaimana saya menguruskan manusia di dalam organisasi saya serta perniagaan saya. Of course, ada banyak juga perbezaan. Tetapi, semakin banyak kita faham tentang seseorang, bukankah ianya memudahkan kita berurusan dengan mereka? Di dalam sesetengah kelas saya, saya akan berkongsi pengalaman saya tentang bagaimana saya mengenalpasti karektor seseorang itu menggunakan kajian tarikh lahir, kekuatan atau kelemahan sikap mereka supaya senang untuk bantu mereka untuk memperbaiki diri mereka.....

Saya tidak ada masalah dengan isu ini. Saya pernah di panggil oleh JAKIM, Unit Aqidah di hadapan lebih 10 orang panel ahli agama dan menjelaskan tentang isu ini. Saya tidak mengajar tentang bagaimana untuk meramal nasib. Tak percaya, datanglah program saya.

Salah Faham #3: Untuk kaya, kita tidak perlu buat apa-apa, kita tunggu sahaja!

Ini satu lagi teori "bahlul"! Kalau ada ilmu ini, saya pun nak! Masalahnya, selama bertahun-tahun saya buat bisnes, perkara "tunggu untuk kaya" ini tidak pernah ada! Tetapi, sekiranya kita sanggup untuk berusaha sambil berdoa serta berusaha dengan mempunyai ilmu yang diajar oleh mentor yang telah berjaya di dalam bidang yang kita ingin kuasai atau berjaya dan kita bersedia untuk bertindak dengan tindakan/ usaha yang "luar biasa", Insya-Allah hasilnya akan menjadi "luar biasa". Ramai orang "Malas"! Ramai nak "short-cut". Semua orang boleh baca buku saya dan Pak Habib, "Rahsia Kaya & Berjaya" tetapi bukan semua orang akan follow apa yang kita kongsikan. Sesetengah tu dok sibuk congak berapa harga buku dan berapa keuntungan saya dan Pak Habib. Tetapi lepas congak, dia bukan fikir bagaimana dia pun boleh tulis buku dan jual tetapi dok sibuk komplen Pak Habib kaya sebab jual buku.... Memang patutlah Pak Habib kaya sebab jual buku, sebab dia penulis. Tetapi kalau dok komplen atau kempen hal keburukan orang, kita dapat apa ya tak?

Untuk kaya atau berjaya, kita perlukan kuasa tindakan bukan kuasa memberi alasan (Excuses).

------------------------------------------------------------------------

Saya pernah gagal dan rugi di dalam perniagaan saya lebih 10 tahun dahulu. Ketika itu, saya masuk berniaga ibarat orang yang tidak reti nak main bowling tetapi terus lompat untuk cuba bermain. Tak tahu pilih bola, tak tahu cara baling. Kita ingat kita ada duit sikit, bayar kat kaunter, boleh terus pandai main bowling. Sebenarnya tidak, kalau setakat nak "exercise" tangan, nak baling-baling bola tu, memang bolehlah, tetapi tak mungkin terus jadi pemenang pingat emas olimpik ya tak? Untuk bermain bowling menjadi pemain yang hebat. Kita perlukan guru atau jurulatih. Kalau tak, nanti bola akan lebih banyak masuk ke "longkang".

Di situlah kesilapan saya dulu. Bila nak berniaga, saya terus lompat dalam dunia perniagaan tanpa guru atau ilmu perniagaan yang praktikal atau telah terbukti berkesan. Jadi, banyak usaha saya, modal saya semuanya masuk ke "longkang". Tetapi, nilai pengalaman "kebodohan" tersebut yang saya telah "bayar" dengan kegagalan saya dan kemudian saya "menuntut" daripada mereka yang telah berjaya menyebabkan semuanya berubah dalam tempoh 10 tahun ini.

Salah seorang guru agama saya yang juga seorang jutawan pernah berkata, sekiranya seseorang itu mahu menjadi berjaya atau lebih spesifik kaya, orang itu perlulah belajar memahami, menghayati, berfikir, bertindak dan bekerja seperti orang yang berjaya atau orang kaya sebelum akhirnya menjadi kaya juga! Dan orang yang bijak iman, adalah mereka yang bijak menggunakan bakat serta potensi dirinya untuk menjadi kaya, berjaya, beriman serta menyumbang kepada orang lain.

Ibarat sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, samada kita suka ataupun tidak, bau kita akan jadi wangi. Begitu juga sekiranya kita ingin berjaya atau menjadi kaya. Tahukah anda bahawa kebanyakan orang yang berjaya atau kaya, ada persamaan dari segi cara mereka berfikir dan bertindak? Guru saya juga pernah berkongsi sebelum ini bahawa sebelum dia berjaya dan kaya seperti sekarang, akaun bank beliau serta tabung duit beliau “kering kontang”! Dia selalu fikir sebelum ini yang dia sudah tahu semua perkara tentang bagaimana hendak berjaya atau kaya, tetapi akaun bank beliau menunjukkan sebaliknya! Kemudian baru dia sedar, kenapa dia belum berjaya atau kaya dulu ialah kerana ADA PERKARA ATAU RAHSIA YANG DIA TIDAK TAHU YANG HANYA DIKETAHUI OLEH ORANG YANG KAYA ATAU ORANG YANG BERJAYA!

Guru saya juga berkata yang "Orang yang berjaya adalah orang yang betul-betul berjaya apabila dia sendiri telah berjaya dan dia membantu ramai orang untuk berjaya atau lebih berjaya sepertinya!"

Kita perlu ada ilmu, ada ikhtiar bak kata pepatah inggeris, “the harder you work, the luckier you get!” dan doa yang dimakbulkan!

Unlock Your Potentials!

Dr. Azizan Osman

P/s: Mari kita sama2 realitikan kehidupan dan kekayaan ini bersama AHB

0 comments:

Datuk Siti menerima sekotak jus cordy dari leader AHB

Hadiah perkahwinan untuk Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari berupa Cordybelle.

Photobucket
Photobucket

Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd. (869859-H)

AJL:931818

No. 1-2 & 1-3, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

Customer Service Hotline:

+603 5622 2600 +603 5622 2900 (Fax) info@ahb2u.com

Operation Hours:

Mon - Fri - 10.00am - 7.00pm Saturday- 10.00am to 2.00pm

Office is close on every Sunday and Public Holiday

Photobucket
PERHATIAN: Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Tujuan laman web ini disediakan adalah bagi membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawah kumpulan AHB Cordyceps4u untuk membuat promosi menaja ahli-ahli yang baru. Promosi boleh dilakukan secara online dan juga offline serta terpulang kepada kreativiti anda.
Laman web rasmi syarikat adalah di
http://www.ahb2u.com